Utama Direktori Berita

Pesanan Presiden

Bismillaahir rahmaanir rahim,

Assalamualaikum dan salam sejahtera dan salam Madani kepada semua Juruteknologi Pergigian Malaysia yang saya hormati sekelian dimana jua berada.

Alhamdulillah dan syukur kepada Allah swt kerana dengan izinNya dan limpah rahmatnya kita dapat bertemu kali ini menerusi laman web kita www.pjpm.com.my. Untuk makluman semua, Persatuan Juruteknologi Pergigian Malaysia mengharapkan agar laman web ini akan mempertingkatkan pengurusan persatuan yang lebih bersistematik. Ini akan mempekemaskan perlaksanaan dan laporan aktiviti persatuan khasnya serta diharapkan dapat mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran Juruteknologi Pergigian amnya, Insya Allah.

Persatuan Juruteknologi Pergigian Malaysia berperanan penting dalam usaha untuk menjayakan Pendaftaran Juruteknologi Pergigian di bawah Akta Sains Kesihatan Bersekutu (Akta 774) yang sedang berjalan dengan rancaknya ,pihak persatuan telah membuat road show di setiap negeri bagi KKM dan zon bagi pihak swasta dan IPTA/IPTS. Usaha ini telah digerakan lebih satu abad yang lalu dengan tujuan utama mengawal amalan Profesion Juruteknologi Pergigian dan kini Insya Allah akan menjadi kenyataan didalam sedikit masa lagi

Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua Juruteknologi Pergigian yang selama ini menyokong dan memberi kerjasama dalam menghadiri mesyuarat Agung Dwitahunan Persatuan Juruteknologi Pergigian Malaysia serta menyertai Malaysian Dental Technologist Conference and Trade Exhibiton diadakan dan dianjurkan oleh PJPM/MDTA.

Saya juga merakam kan ucapan terima kasih kepada mereka-mereka yang berusaha dan bekerja keras dan mengemaskini dalam perlaksanaan laman web ini. Akhir kata saya mengharapkan agar kita semua bersama-sama memainkan peranan didalam meningkatkan imej dan karier Profesion Juruteknologi Pergigian .

Saya juga merakam ribuan terima kasih kepada semua mantan yang telah menjadi exco PJPM sebelum ini kerana usaha mereka inilah telah menjayakan segala usaha PJPM.

Semuga Allah memberi keberkatan dan di permudahkan segala urusan kita kepada   semua jasa-jasa Tuan dan Puan semua dengan kebaikan dan kesejahteraan.

Saya sudahi dengan wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warramatullahiwabarakatuh.

TN HAJI ABD RAHAMAN JAAFAR
Presiden 2022-2024
Persatuan Juruteknologi Pergigian Malaysia (PJPM)