Polisi Penafian Dan Kerahsiaan
Laman web www.pjpm.com.my dimiliki dan diuruskan oleh Persatuan Juruteknologi Pergigian Malaysia (PJPM) dengan nombor pendaftaran persatuan (PPM-007-02-27101998) adalah persatuan yang berdaftar secara rasmi dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) yang telah didaftarkan pada Oktober 1998. Persatuan ini mempunyai ahli dari seluruh Malaysia.
Maklumat Ahli Persatuan
Pemilik laman web ini iaitu Persatuan Juruteknologi Pergigian Malaysia (PJPM) tidak berkongsi maklumat peribadi ahli persatuan dengan pihak ketiga melainkan jika pemilik perlu berkongsikan maklumat yang diberikan oleh ahli kepada pihak lain atas tujuan tertentu contohnya seperti majlis, acara, semakan ahli persatuan dan sebagainya yang memerlukan pemilik mendedahkan maklumat peribadi ahli persatuan.
Cookies
Pemilik juga tidak menyimpan maklumat yang dikumpul mengenai lawatan anda atau ahli persatuan melalui pelayar internet (browser) yang disimpan melalui pengguna cookies melainkan untuk digunakan bagi menganalisa prestasi kandungan laman web. Walau bagaimanapun anda boleh nyahaktifkan penggunaan cookies ini pada bila-bila masa dengan mengubah tetapan pelayar internet anda. Anda bersetuju untuk membenarkan PJPM menggunakan dan menyimpan cookies ini sekiranya anda tidak menyahaktifkan fungsi tersebut dari pelayar internet anda.
Waranti Dan Penggunaan Maklumat
Anda bersetuju untuk membaca dan menggunakan semua maklumat yang diperolehi dari laman web ini atas tanggungjawab anda sendiri. Risiko jika berlaku sebarang kerugian, kerosakan atau kemalangan yang berlaku semasa anda mencuba atau menggunakan mana-mana maklumat dari laman web ini adalah atas tanggungan anda. Pihak PJPM sentiasa cuba menyampaikan maklumat pada tahap yang sebaiknya, namun sebarang kesilapan maklumat atau kecuaian tidak dapat dielakkan dan bukan disengajakan.
Hak Cipta
Semua gambar dan isi kandungan yang disiarkan di laman web www.pjpm.com.my adalah hak milik Persatuan Juruteknologi Pergigian Malaysia (PJPM) kecuali dinyatakan sebaliknya. Anda perlu mendapat kebenaran daripada pemilik laman web (PJPM) sekiranya anda ingin menyalin sepenuhnya gambar atau isi kandungan tersebut ke mana-mana media termasuk blog, laman sesawang, majalah, akhbar, poster, brosur atau mana-mana media cetak atau media atas talian.
Rujukan atau keratan artikel dengan meletakkan kredit sumber dari Persatuan Juruteknologi Pergigian Malaysia (PJPM) atau www.pjpm.com.my adalah dibenarkan dengan syarat ianya tidak diubahsuai untuk mengelakkan sebarang percanggahan maklumat.
Pihak Persatuan Juruteknologi Pergigian Malaysia (PJPM) sentiasa berusaha untuk menghormati hak milik dan hak cipta orang lain, ini termasuk bahan-bahan seperti artikel, gambar, muzik, video atau bahan-bahan lain yang digunakan dalam artikel-artikel berita atau mana-mana bahagian di dalam laman ini. Pihak Persatuan Juruteknologi Pergigian Malaysia (PJPM) juga berhak mengubahsuai kandungan bersesuaian dengan kualiti yang dipraktiskan oleh pihak kami.
Sekiranya terdapat sebarang masalah atau pertanyaan mengenai perkara ini, pihak anda boleh hubungi kami dengan menggunakan halaman ini atau emailkan ke info@pjpm.com.my.
Polisi penafian ini ditulis dan sah pada 22 April 2022, ianya mungkin diubahsuai dari masa ke semasa mengikut kesesuaian tanpa sebarang notis. Pihak anda bertanggungjawab untuk merujuk semula halaman ini sekiranya terdapat ubahsuaian yang dibuat.