Utama Direktori Berita

PERLEMBAGAAN PERSATUAN

PERLEMBAGAAN BAGI
PERTUBUHAN INDUK
PERSATUAN JURUTEKNOLOGI PERGIGIAN MALAYSIA


FASAL 1

NAMA
(1) Pertubuhan ini dikenali dengan nama
PERSATUAN JURUTEKNOLOGI PERGIGIAN MALAYSIA
Selepas ini disebut “Pertubuhan”.
(2) Takrif Nama :
(3) Taraf Pertubuhan : Kebangsaan
FASAL 2

TEMPAT URUSAN
1. Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ialah
NO. 21, TAMAN INDERA
60000 JITRA
KEDAH
dan alamat untuk surat-menyurat adalah
NO 51, LORONG IM 8/28, TAMAN POLO INDERA MAHKOTA, 25200 KUANTAN,
PAHANG
25200 KUANTAN
PAHANG
atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke
semasa oleh Jawatankuasa;
2. Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat Pertubuhan tidak boleh diubah
tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.
FASAL 3 TUJUAN/MATLAMAT
3.1 Untuk menggalakkan pengajian dan kajiselidik di dalam bidang Teknologi
Pergigian
3.2 Untuk mengeluarkan buletin, jurnal dan majalah bagi menambah pengetahuan
ahli-ahli.
3.3 Untuk mengembangkan Sains Teknologi Pergigian sejajar dengan negara negara maju.
3.4 Untuk mengadakan mesyuarat , seminar dan lain-lain latihan amaliguna
untuk meningkatkan kemahiran diri ahli-ahli.
3.5 Untuk mengeratkan hubungan sesama Juruteknologi Pergigian.
3.6 Untuk menyokong dan meningkatkan profesion Juruteknologi Pergigian.


FASAL 4

KEAHLIAN
4.1 Terbuka kepada Juruteknologi Pergigian yang bertugas atau telah bersara
disektor awam dan swasta yang berkhidmat di Malaysia, berumur 18 tahun keatas
dari warga Malaysia dan memiliki Sijil Teknologi Pergigian yang dikeluarkan oleh
Kolej Latihan Pergigian Malaysia atau setaraf dengannya.
4.2 Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh
dua (2) orang ahli dan di hantar kepada Setiausaha.
4.3 Tiap-tiap permohonan yang diluluskan seperti yang tersebut diatas, hendaklah
setelah membayar yuran masuk dan yuran bulan pertama seperti yang ditetapkan
diterima menjadi ahli Pertubuhan dan berhaklah dia sebagai ahli.
4.4 Seseoarang pelajar Universiti atau Kolej Universiti tidak boleh diterima menjadi
ahli Pertubuhan ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh
Naib Canselor Universiti yang berkenaan.


FASAL 5

PERBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI
5.1 Ahli yang hendak berhenti daripada Pertubuhan hendaklah memberi kenyataan
bertulis sekurang-kurangnya dua (2) minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha
dan menjelaskan segala hutang piutangnya yang tertunggak.
5.2 Mana-mana ahli yang gagal mematuhi peraturan dan undang-undang
Pertubuhan atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik
Pertubuhan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi satu tempoh
sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa. Sebelum
Jawatankuasa memecat atau menggantung ahli tersebut, ahli tersebut hendaklah
diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan dan penggantungannya secara
bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan
membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan,
melainkan mesyuarat agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas
rayuan oleh ahli tersebut.


FASAL 6

SUMBER KEWANGAN

6.1 Bayaran masuk dan yuran keahlian perlu dijelaskan adalah seperti berikut :-
Bayaran masuk : RM10.00 (Ringgit Malaysia : Sepuluh sahaja)
Yuran Bulanan : RM10.00 (Ringgit Malaysia : Sepuluh sahaja)
Atau
Yuran Tahunan : RM100.00 (Ringgit malaysia : Satu Ratus sahaja) hendaklah
dijelaskan selewat-lewatnya pada 31 januari pada setiap tahun dengan sekali gus.
6.2 Yuran bulanan secara potongan gaji dan yuran tahunan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari terlebih
dahulu dalam tempoh 30 hari awal tiap-tiap tahun.
6.3 Ahli yang mebiarkan hutang yuranya lebih daripada enam (6) bulan akan
menerima surat peringatan yang ditandatangani oleh atau wakil Setiausaha, dan
hilanglah kelayakan serta hak-hak istimewanya sebagai ahli sehingga hutangnya
dijelaskan.
6.4 Ahli yang membiarkan hutang yurannya tertunggak lebih daripada jumlah yuran
bagi dua belas (12) bulan dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli.
Pertubuhan dan jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah
diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuashati yang ahli telah menerima
kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.
6.5 Jawatankuasa berhak menetapkan kadar yuran masuk semula bagi sesiapa
yang telah membiarkan keahlianya terlucut disebabkan hutang.
6.6 Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk pekara yang tertentu
boleh dipunggut dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli
yang mungkir membayar yuran dalam tempoh yang ditetapkan, maka wang
tersebut dianggap sama seperti hutang yuran bulanan.


FASAL 7

MESYUARAT AGUNG
7.1 Pengelolaan Pertubuhan ini terserah kepada Mesyuarat Agung ahli-ahli.
Sekurang-kurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli berhak mengundi atau
dua (2) kali ganda jumlah ahli Jawatankuasa, mengikut yang mana kurang,
hendaklah hadir di dalam dewan mesyuarat Agung bagi mengesahkan perjalanan
mesyuarat dan mencukupi korum untuk mesyuarat.
7.2 Jika korum tidak mencukupi setelah setengah (1/2) jam daripada waktu yang
ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada
satu tarikh (tidak melebihi 45 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa, dan jika
korum tidak cukup selepas setengah (1/2) jam daripada waktu yang ditetapkan
untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu, maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir
menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa meminda undang-undang
Pertubuhan dan membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli.
7.3 Mesyuarat Agung Dwitahunan bagi Pertubuhan hendaklah diadakan secepat
mungkin setelah berakhirnya tahun keewangan tetapi tidak lewat daripada 31 Mac
tahu berikutnya pada tarikh, masa dan tempat yang di tetapkan oleh Jawatankuasa.

Kerja-kerja Mesyuarat Agung Dwitahunan adalah:-
A) Menerima laporan Jawatankuasa berkenaan perjalanan Pertubuhan didalam
dua (2) tahun sebelumnya.
B) Menerima laporan Bendahari dan penyata kewangan yang telah diaudit bagi
dua (2 ) tahun sebelumnya.
C) Memilih ahli-ahli Jawatankuasa dan Pemeriksa Kira-Kira untuk tahun yang
akan datang.
D) Menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan didalam mesyuarat
tersebut.
7.4 Setiausaha hendaklah menghantar surat/notis Mesyuarat Agung kepada setiap
ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum Mesyuarat Agung Dwitahunan diadakan,
satu agenda mesyuarat termasuk salinan peringatan mesyuarat dan laporan serta
penyata kira-kira Pertubuhan bagi dua (2) tahun yang lalu yang telah diaudit.
Salinan surat-surat ini juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli
dialamat tempat urusan Pertubuhan.
7.5 Mesyuarat Agung Khas bagi pertubuhan ini boleh diadakan :
A) bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa atau
B) atas permintaan beramai-ramai ahli dengan bertulis oleh tidak kurang
dari satu perlima (1/5) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi dengan
menerangkan tujuan dan sebab-sebab mengadakanya. Permintaan itu
hendaklah dihantar kepada Setiausaha Pertubuhan.
7.6 Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada
satu tarikh didalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan
masyuarat tersebut.
7.7 Pengumuman dan agenda untuk messyuarat Agung Khas itu hendaklah
diedarkan oleh Setiausaha kepada semua ahli sekurang-kurangnya 14 hari
sebelum tarikh yang ditetapkan untuk bermesyuarat.
7.8 Berkenaan korum dan penanguhan Mesyuarat Agung Dwitahunan boleh diguna
digunapakai untuk Mesyuarat Agung Khas ini, tetapi dengan syarat jika korum tidak
mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang ditetapkan bagi Mesyuarat
Agung Khas ini, maka mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan dalam empoh
enam (6) bulan dari tarikh pembatalannya , Mesyuarat Agung Khas atas
permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama, tidak boleh diadakan.


FASAL 8

JAWATANKUASA
8.1 Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Pegawai Pertubuhan
hendaklah dipilih didalam Mesyuarat Agung Dwitahunan :-
A) Seorang Yang Dipertua
B) Seorang Naib Yang dipertua
C) Seorang Setiausaha
D) seorang Penolong Setiausaha
E) Seorang Bendahari
F) 8 orang Ahli Jawatankuasa Biasa

3 lagi Ahli Jawatankuasa dilantik dengan kuasa  Yang Dipertua dan AJK yang lain selepas mesyuarat AJK yang pertama selepas Mesyuarat Agung

8.2 Pemegang-pemegang jawatan Pertubuhan ini tiap-tiap pegawai yang
menjalankan tugas eksekutif dalam Pertubuhan ini hendaklah terdiri dari
Warganegara Malaysia.
8.3 Nama-nama untuk jawatan-jawatan di atas hendaklah dicadangkan serta
disokong dan pemilihan akan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli
didalam Mesyuarat Agung Dwitahunan. Semua pegawai boleh dilantik semula.
8.4 Fungsi Jawatankuasa adalah mengelola dan mengatur kerja-kerja harian
Pertubuhan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan
Pertubuhan mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh Mesyuarat Agung
Dwitahunan. Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh mengambil tindakan yang
bertentangan dengan keputusan mesyuarat agung dengan tidak terlebih dahulu
berhubung dengannya dan Jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi keputusan
mesyuarat agung. Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan berkenaan
kegiatannya setiap tahun kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung Dwitahunan.
8.5 Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam
masa 4 bulan. Pengumumam bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah sekurang-kurangnya dimaklumkan kepada ahli-ahli 7 hari sebelum mesyuarat dijalankan.
Yang Dipertua dengan bersendirian atau tidak kurang daripada 4 orang ahli
Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan Mesyuarat
Jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya setengah (1/2) daripada
bilangan Ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan
mencukupkan korum mesyuarat.
8.6 Jika timbul perkara mustahak yang bekehendakkan kelulusan Jawatankuasa
dan mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat dijalankan, maka Setiausaha bolehlah
mendapatkan kelulusan dari ahli-ahli jawatankuasa secara pengedaran surat
perkeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah disempurnakan
sebelum keputusan Jawatankuasa boleh dianggap sebagai telah diterima:
a) Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang didalam surat
perkeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli Jawatankuasa.
b) Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli Jawatankuasa mestilah
menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap cadangan tersebut.
c) Keputusan hendaklah berdasarkan kepada undian terbanyak.
Sebarang keputusan yang didapati melalui surat perkeliling hendaklah dilaporkan
oleh Setiausaha kepada mesyuarat Jawatankuasa berikutnya untuk disahkan dan
dicatitkan didalam peringatan mesyuarat.
8.7 Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri mesyuarat Jawatankuasa tiga kali
berturut-turut tanpa sebarang alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai
telah meletakan jawatan dalam Jawatankuasa.
8.8 Jika seorang ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan,
calon yang kedua mendapat undi tertinggi didalam pemilihan yang lalu hendaklah
dipanggil untuk memenuhi kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak ada
atau menolak jawatan tersebut, maka berkuasalah Jawatankuasa melantik ahli
yang lain bagi memenuhi kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung Dwitahunan
diadakan.
8.9 Jawatankuasa boleh memberikan arahan kepada Setiausaha dan pegawai-pegawai lain untuk menjalankan urusan Pertubuhan dan melantik pengurus dan
kakitangan yang difikirkan mustahak. Ia boleh menggantungkan atau melucutkan
jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai didalam pekerjaan,
curang, tidak cekap, ingkar menjalankan keputusan Jawatankuasa atau kerana
sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakan kepentingan Pertubuhan.
8.10 Jawatankuasa boleh menubuhkan Jawatankuasa kecil jika difkirkan perlu dan
mustahak dan memberi kewajipan khas kepada sebarang ahli Ahli Jawatankuasa.


FASAL 9

KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI
9.1. Yang Dipertua dalam tempoh menyandang jawatannya hendaklah menjadi
Pengerusi semua mesyuarat agung dan semua mesyuarat Jawatankuasa dan
bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyai
undi pemutus dan hendaklah ia menandatangani semua cek Pertubuhan bersama-sama dengan Setiausaha dan Bendahari.
9.2. Naib Yang Dipertua hendaklah memangku jawatan Yang Dipertua semasa
ketiadaan nya.
9.3. Setiausaha hendaklah menjalankan kerja pentadbiran Pertubuhan mengikut
Undang-undang dan hendaklah ai menjalankan perintah Mesyuarat Agung dan
Jawatankuasa. Ia bertanggungjawab mengendalikan urusan surat menyurat dan
menyimpan semua buku, surat dan kertas kecuali akaun dan buku-buku kewangan.
Setiausaha hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi butir-butir
seperti nama, tempat dan tarikh lahir, no kad pengenalan, pekerjaan, nama dan
alamat majikan dan alamat rumah tiap-tiap ahli. Ia hendaklah hadir didalam semua
mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat. Ia hendaklah menandatangani semua
cek Pertubuhan bersama-sama Yang Dipertua dan Bendahari. Setiausaha
hendaklah dalam 60 hari dari tarikh Mesyuarat Agung Dwitahunan diadakan
mengirimkan penyata tahunan Pertubuhan Kepada Pendaftar Pertubuhan
sebagaimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 14 (1) Akta Pertubuhan 1996.
9.4. Penolong Setiausaha hendaklah menolong Setiausaha menjalankan kerja-kerja
dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha,
9.5. Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan
Pertubuhan. Ia hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua
perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas ketepatannya. Ia hendaklah
menandatangani semua cek Pertubuhan bersama-sama dengan Yang Di Pertua
dan Setiausaha.
9.6. Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu Jawatankuasa didalam
menjalankan tugas yang diarahkan olehnya.


FASAL 10

KEWANGAN
10.1. Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam undang-undang ini wang
Pertubuhan ini boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan
tujuan-tujuan Pertubuhan, termasuklah belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan
dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji serta upah
memeriksa kira-kira. Walaubagaimanapun wang itu tidak boleh digunakan untuk
membayar denda ahli yang dijatuhkan hukuman oleh mahkamah.
10.2. Bendahari dibenarkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM1000.00
(Ringgit Malaysia Satu Ribu Sahaja) pada satu-satu masa. Wang yang lebih
daripada itu hendaklah dimasukkan kedalam bank yang diluluskan oleh
Jawatankuasa. Kira-kira bank itu hendaklah di atas nama Persatuan Juruteknologi
Pergigian Malaysia.
10.3. Segala cek dan kenyataan pengeluaran wang dari kira-kira Pertubuhan
hendaklah ditandatangi bersama oleh Yang Dipertua, Setiausaha dan Bendahari.
Semasa ketiadaan Yang Dipertua, Setiausaha atau Bendahari maka bolehlah
Jawatankuasa melantik sesiapa diantara mereka sebagai pengganti untuk
menandatangani cek atau kenyataan pengeluaran wang Pertubuhan.
10.4. Perbelanjaan yang lebih daripada RM10,000.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu
Sahaja) dan tidak melebihi RM100,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Ribu
Sahaja) kepada satu-satu penerima bagi suatu masa tidak boleh dibayar tanpa
kelulusan majoriti dua pertiga (2/3) ahli Jawatankuasa dan pembayaran yang lebih
daripada RM100,000.00 (Ringgit Malaysia satu ratus Ribu Sahaja) bagi suatu masa
tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran Mesyuarat Agung terlebih dahulu.
Perbelanjaan yang kurang daripada RM10,000.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu
Sahaja) bagi suatu masa boleh diluluskan oleh Yang Dipertua bersama Setiausaha
dan Bendahari.
10.5. Penyata darihal kewangan yang diterima dan dibelanjakan serta kunci kira-kira
bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Pemeriksa
Kira-kira yang dilantik dibawah fasal 11 undang-undang ini dengan seberapa
segera setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata kira-kira yang telah diaudit itu
hendaklah dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung Dwitahunan yang
berikutnya dan salinannya hendaklah dibekalkan untuk maklumat ahli di tempat
urusan Pertubuhan.
10.6. Tahun kewangan Pertubuhan ini bermula daripada 1 hb Januari dan berakhir
pada 31hb Disember tiap-tiap tahun.


FASAL 11

JURUAUDIT
11.1. Dua orang yang bukanya Pegawai Pertubuhan boleh dilantik didalam Mesyuarat
Agung Dwitahunan sebagai Juruaudit. Mereka memengang jawatan selama dua
tahun dan boleh dilantik semula.
11.2. Juruaudit adalah dikehendaki memeriksa kira-kira Pertubuhan bagi setiap tahun
dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung Dwitahunan.
Mereka juga dikehendaki pada bila-bila nasa oleh Yang Dipertua mengaudit kira-kira Pertubuhan bagi mana-mana masa didalam tempoh perkhidmatan mereka dan
membuat laporan kepada Jawatankuasa.


FASAL 12

PENTADBIR HARTA / PEMEGANG AMANAH
12.1.Tiga orang pengamanah yang berumur 21 tahun keatas hendaklah dilantik di
dalam Mesyuarat Agung Dwitahunan dan mereka akan berkhidmat selama yang
dikehendaki oleh Pertubuhan. Semua harta tetap kepunyaan Pertubuhan akan
diamanahkan kepada mereka dengan menandatangani suatu Surat Amanah (Deed
of Trust).
12.2. Pengamanah tidak boleh menjual , menarik balik atau memindahkan hakmilik
harta kepunyaan Pertubuhan dengan tidak mendapat kelulusan dan kuasa yang
diberikan oleh mesyuarat agung pertubuhan.
12.3. Seseorang Pengamanah itu boleh dilucutkan daripada jawatanya oleh mesyuarat
agung oleh sebab uzur kerana penyakit, tidak siuman, tidak berada di dalam negeri
atau kerana sebab lain yang mengakibatkan ia tidak dapat menjalankan tugasnya
atau pekerjaannya dengan memuaskan. Jika berlaku kematian, perletakan jawatan
atau pembuangan bagi seseorang Pengamanah maka kekosongan itu bolehlah
dipenuhi oleh Pengamanah yang baru dilantik di dalam mesyuarat agung.


FASAL 13

TAFSIRAN PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN
13.1. Di antara berlangsungnya mesyuarat agung, Jawatankuasa boleh memberikan
tafsirannya kepada undang-undang ini dan Jawatankuasa, jika mustahak, boleh
memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dlam undang-undang ini.
13.2. Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar
yang telah dibuat dalam mesyuarat agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahliahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan mesyuarat agung.

FASAL 14

PENASIHAT / PENAUNG
Jawatankuasa boleh , jika difikirkan perlu, melantik orang-orang yang layak menjadi
Penasihat/Penaung bagi Pertubuhan ini dengan syarat orang yang dilantik itu
menyatakan persetujuan secara bertulis.


FASAL 15

LARANGAN
15.1. Permainan yang disebutkan dibawah ini tidak boleh dimainkan ditempat urusan
Pertubuhan : Roulette, Lotto, Fan Tan , Poh, Peh Bin, Belangkai, Pai Kau, Tau
Ngau, Tien Kow, Chap Ji Kee, Sam Cheong, Dua Puluh Satu, Tiga Puluh Satu,
Sepuluh dan Setengah, semua permainan dadu, banker’s game dan semua
permainan yang bergantung semata-mata kepada nasib.
15.2. Pertubuhan atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa
cara juga mengganggu perniagaan atau barang-barang atau mengambil peranan di
dalam gerakan kesatuan sekerja seperti definasi di dalam Akta Kesatuan Sekerja ,
1959
15.3. Pertubuhan ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada di khaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama Pertubuhan atau Peagwai-peagwai atau Jawatnkuasa
atau ahli, tanpa kelulusaan daripada pihak berkuasa tempatan berkenaan :
15.4. “Faedah” seperti yang diterangkan dibawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1996,
tidaklah boleh diberikan oleh Pertubuhan kepada mana-mana ahlinya.


FASAL 16

PINDAAN PERLEMBAGAAN
Undang-undang ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan
mesyuarat agung. Permohonan untuk perubahan atau pindaan kepada undang-undang hendaklah dibuat kepad Pendaftar Pertubuhan dalam masa 60 hari dari
tarikh keputusan mesyuarat agung dikuatkuasakan mulai daripada tarikh
perubahan atau pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.

FASAL 17

PEMBUBARAN

17.1. Pertubuhan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak
kurang daripada tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang menghadiri dalam
suatu mesyuarat agung yang dipanggil khas kerananya.
17.2. Sekiranya pertubuhan hendak dibubarkan secara disebut diatas, maka segala
hutang dan tanggungan Pertubuhan yang sah mengikut Undang-undang hendaklah
dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara
dipersetujui dalam mesyuarat agung berkenaan.
17.3.Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada
Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh pembubaran tersebut.


FASAL 18

BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA
18.1 Bendera

Keterangan


18.2. Lambang
Keterangan
Warna hijau gelap melambangkan keserasian berpersatuan,
Gigi melambnagkan Profesion Jawatan Juruteknologi Pergigian.
Atom dan Zarah adalah lambang inovasi teknologi yang dipraktikkan dalam
Jawatan Juruteknologi Pergigian
18.3. Lencana

Keterangan