Kesatuan Juruteknologi Pergigian Semenanjung Malaysia (KJPSM) telah mengadakan Seminar Pemantapan Ahli dan Pembangunan Kecemerlangan Organisasi, Majlis Makan Malam dan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan pada 29 – 30 Ogos 2025 bertempat di The Pearl Hotel, Kuala Lumpur. Mesyuarat ini dihadiri oleh ahli-ahli dari seluruh negeri dan dipengerusikan oleh YDP iaitu En. Shamsul Akmar Bin Zakaria.
Seminar dimulakan dengan ucapan aluan oleh YDP KJPSM, yang menekankan kepentingan ahli kesatuan untuk terus bersatu dan proaktif dalam menghadapi cabaran semasa.
Penganjuran seminar ini berjaya mewujudkan suasana perkongsian ilmu dan pengalaman yang bermanfaat, di samping memperkukuh hubungan silaturahim dalam kalangan ahli.
Dengan semangat kebersamaan, seminar ini diharap dapat melahirkan ahli yang lebih berdaya saing serta memastikan kesatuan terus cemerlang dalam memperjuangkan kebajikan dan pembangunan profesion Juruteknologi Pergigian.
Kebersamaan dalam kalangan warga Juruteknologi Pergigian.



Majlis Makan Malam turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Pergigian KKM, YBRS Dr Fauziah Binti Ahmad, Kepimpinan tertinggi CUEPACS, barisan kepimpinan kesatuan, serta ahli dari seluruh negeri. Suasana majlis diserikan dengan ucapan penghargaan, persembahan santai, dan penyampaian cenderahati kepada ahli yang bersara atau berpindah.
Antara pengisian utama majlis:
- Ucapan penghargaan daripada pimpinan
- Penyampaian anugerah “Jasamu Dikenang” kepada ahli yang
- Persembahan dan jamuan makan malam yang
Majlis ini bukan sahaja menjadi tanda terima kasih atas bakti dan pengorbanan ahli, malah sebagai platform mengukuhkan semangat kebersamaan dalam kalangan warga juruteknologi pergigian.



Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih ditujukan khas kepada barisan Exco KJPSM yang telah bekerja keras dalam memastikan kelangsungan dan kecemerlangan dalam penganjuran makan malam ini. Tidak ketinggalan juga kepada Ahli Jawatankuasa Kecil yang sentiasa memberikan sokongan padu, komitmen serta pengorbanan masa dan tenaga demi menjayakan setiap program serta aktiviti kesatuan. Antara barisan Exco KJPSM 2023-2025 adalah seperti berikut :
En. Shamsul Akmar Bin Zakaria – Yang DiPertua
En. Yahairol Anuar Bin Yaacob – Naib Yang DiPertua Pn. Noorbayah Haslinda Binti Hat – Setiausaha
Pn. Noriah Binti Sahari – Pen. Setiausaha En. Khairi bin Kasim – Bendahari
En. Muhammad Zahimy Bin Zakaria – Pen. Bendahari En. Hasnizi Bin Hassan – Ahli Jawatankuasa
En. Fauzi Bin Jaafar – Ahli Jawatankuasa
Pn. Noor Atiqah Binti Dolmat – Ahli Jawatankuasa
En. Mohamad Azmi Firdaus Bin Ab.Rahim – Ahli Jawatankuasa En. Jasni Bin Mat Esa – Ahli Jawatankuasa
En. Abdul Rahim Bin Ismail – Ahli Jawatankuasa
Pn. Ezma Binti Mazlan – Ketua Jawatankuasa Wilayah Kuala Lumpur C Putrajaya
– AJK-AJK Kecil (Wilayah Kuala Lumpur C Putrajaya dan Selangor)
